Honda CRV tegap sporty spesifikasi dan harga Malaysia - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda CRV tegap sporty spesifikasi dan harga Malaysia

Honda CRV Crossover SUV elegan, mewah dan tegap


Honda CRV adalah jenis SUV terkini dengan rupa reka bentuk yang terlihat tegap dan kukuh, lengkap dengan semua dinamik. Di pasaran Amerika Utara, kenderaan ini digelar 'crossover'. Dikilangkan buat kali pertama pada tahun 1995, CRV jenis ini mewakili segmen pasaran yang baik dan sangat besar untuk Honda. Kenderaan ini adalah salah satu urutan daripada model yang berbeza iaitu Honda Civic, yang direka dan dibina untuk memenuhi tuntutan permintaan kereta 'sport' dari orang awam. Ia akan menjadi sangat mudah difahami bahawa kenderaan ini adalah jelmaan dari keinginan bakal pembeli untuk memiliki kereta 'sport' tetapi terlihat elegan, mewah dan tegap. Di Malaysia, SUV ini menggunakan pacuan roda hadapan (2WD).

Honda CRV Harga Malaysia
Honda CRV 

Ruang dalaman yang luas dan selesa dengan penambahbaikan ciri-ciri teknologi moden


Berlandaskan beberapa ujian kelayakan, sebahagian besar model Honda CRV pada suku 2012 mengalami peningkatan kualiti dan fungsi fitur sangat baik di ruang dalam. Ini termasuk tempat duduk belakang yang boleh diputar ke hadapan atau belakang bergantung kepada keinginan penumpang. Kebanyakan pengguna berpuas hati dengan kabin yang luas dan boleh menampung sehingga lima penumpang. Di dalamnya terdapat ciri sistem navigasi CRV (seperti GPS), Bluetooth, radio internet Pandora di papan pemuka, di mana semua maklumat mengenainya boleh didapati pada panel meter di bahagian tempat duduk pemandu. Sekarang mari kita teruskan lagi penjelasan secara terperinci berkenaan Honda CRV 2019 ini.

Rupa reka bentuk yang terlihat elegan, tegap dan sporty serta perestasi enjin yang berkuasa dan ekonomi


Pada sudut luaran pula, Honda CRV menawarkan semua yang anda perlukan untuk kenderaan yang solid, dinamik, bergaya dan sporty. Di bahagian enjin, CRV diperkasakan dengan enjin berkapasiti 2.4 L / 144, 185 kuasa kuda (horse power), yang menghasilkan sehingga 7000 rpm. Dibekalkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan, Walaupun secara faktanya kita hanya menggunakan 5 transmisi sahaja. Spesifikasi transmisi seperti ini sudah cukup untuk memberikan kepuasan kepada mereka yang sukakan memandu dalam kelajuan yang tinggi. Sesetengah penambahbaikan pada prestasi enjin CRV terbaru ini telah meningkatkan daya tenaga dan kuasa disamping itu pihak Honda juga memberi penekanan terhadap penggunaan bahan api yang ekonomi iaitu penggunaan bahan api yang lebih cekap dan mesra alam.

Honda CRV Malaysia Harga
Harga Honda CRV di Malaysia

Harga dan ciri-ciri teknologi moden yang dibekalkan pada Honda CR-V terbaru ini adalah pilihan yang cukup baik, walaupun bukanlah satu-satunya yang ada di pasaran negara kita. Walau bagaimanapun, untuk keperluan pengguna yang bekeluarga, apa yang ditawarkannya lebih daripada sekadar cukup. Anda boleh memandu dengan samgat yakin ketika meluncur di jalan-jalan raya di dalam mahupun diluar bandar dengan perasaan teruja dan bangga. Terutama, apabila rupa reka bentuk sporty yang dipamerkan adalah diantara nilai penting yang difikirkan oleh seseorang apabila ingin memiliki sesebuah kenderaan. Sekian sahaja ulasan dan kupasan bagi model Honda CRV terbaru pada kali ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel