Honda Jazz Hybrid generasi keempat i-MMD - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda Jazz Hybrid generasi keempat i-MMD

Honda Jazz Hybrid generasi keempat


Honda Fit atau lebih dikenali di Malaysia sebagai honda Jazz yang merupakan model popular hatchback 5 pintu keluaran syarikat gergasi automotif dari Jepun. Di lancarkan buat julung kalinya model pertama di Asia Tenggara termasuk Malaysia pada tahun 2003 dan sebelumnya di Jepun (2001) Eropah (awal 2002), Australia lewat 2002, Amerika Selatan (awal 2003), China (Sep 2004), dan Mexico lewat 2005. Dengan memperkenalkan empat variasi enjin iaitu I-DSI 1.2 Liter, I-DSI 1.3 Liter, I-DSI 1.5 Liter dan I-VTEC 1.5 Liter untuk generasi pertamanya bagi pasaran global. Kesemuanya adalah pacuan roda hadapan (2WD) tidak termasuk pacuan empat roda (4WD) yang hanya untuk pasaran Jepun sahaja.

Honda Jazz generasi akan datang iaitu Honda Jazz 2020 generasi keempat dijangka akan dilancarkan pada tahun 2020. Jazz baharu generasi keempat ini akan mempunyai sistem dua motor elektrik hybrid yang kini digunakan pada model CR-V hybrid.

Menurut kenyataan dari pihak Honda, Jazz generasi terbaharu ini akan dipamerkan di Tokyo Motor Show dari 24 Oktober hingga 4 November 2019. Jazz, adalah model jualan terbaik Honda di UK, yang akan merupakan pengeluar kereta pertama menawarkan powertrain hybrid.

Sebelum ini, Honda telah mengumumkan bahawa semua model keretanya di Eropah pada masa akan datang adalah menggunakan teknologi hybrid sepenuhnya pada tahun 2025. "Ke arah tujuan elektrifikasi menjelang 2025, Honda akan memperluaskan dan menekankan sistem hybrid i-MMD (Intelligent Multi-Mode Drive). Teknologi hybrid tersebut menggunakan dua motor elektrik dan telah digunakan pada model CR-V terbaharu di pasaran Eropah, dengan memperkenalkan pada kereta segmen kecil sebagai langkah pertama yang sangat penting," menurut Honda dalam kenyataan rasminya.

Setakat ini di Eropah, satu-satunya model hybrid yang ditawarkan oleh Honda adalah CR-V. Ini pada dasarnya menggantikan varian diesel SUV kompak. Honda UK sangat berjaya dengan model CR-V Hybridnya, yang telah mencapai 60% jualan untuk model ini.

Honda Jazz baharu akan kelihatan lebih besar, juga akan menggunakan casis terbaru dan jarak antara roda hadapan dan roda belakang yang lebih panjang, selepas pelancaran Jazz pada tahun 2020, kenderaan hybrid seterusnya adalah model Civic pada tahun 2021.

Untuk maklumat pembaca CR-V Hybrid mempunyai dua motor elektrik, sebuah enjin petrol 2.0 liter dan menggunakan transmisi CVT. Manakala Jazz baharu juga akan hadir dengan enjin yang lebih kecil kerana saiznya, ini bermaksud ia akan mempunyai kurang sedikit tenaga berbanding CR-V yang memerlukan enjin yang besar kerana mempunyai saiz yang agak besar dan berat berbanding Jazz.

Selain menyesuaikan keupayaan enjin, Jazz harus terlihat seperti hatchback yang mempunyai kapasiti besar tidak jauh beza dengan model Jazz yang ada pada ketika ini. Dengan reka bentuk kabin yang minimalis. Jazz hybrid akan menampilkan sistem infotainment skrin sentuh yang besar di tengah papan pemuka, serta papan pemuka digital.

Honda Jazz Hybrid Generasi Keempat
Honda Jazz Generasi Keempat

Selain Jazz perlu diketahui, sejak tahun 2002, Honda telah memasarkan Honda Civic Hybrid di Amerika Syarikat. Syarikat gergasi ini juga telah menjual Honda Accord Hybrid dari 2005 hingga 2007. Jualan Honda CR-Z bermula di Jepun pada Februari 2010 dan Februari 2011. Honda telah mengeluarkan dan memproduksi sekitar 200,000 buah kereta hybrid setiap tahun di Jepun.

Jualan Fit Hybrid bermula di Jepun pada bulan Oktober 2010, manakala versi Eropah dikenali sebagai Honda Jazz Hybrid, dikeluarkan pada awal tahun 2011. Populariti Jazz menjadikannya model jualan utama Honda di Eropah, menyumbang 30% daripada semua jualan Honda di Eropah.

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi, pengeluaran Jazz untuk pasaran Eropah dipindahkan dari Jepun ke kilang Honda di Swindon pada 7 Oktober 2009. Sama samalah kita nantikan kehadiran model Jazz hybrid terbaharu ini pada tahun 2020 nanti.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel