Tips penjagaan aircond kereta agar kekal sejuk dan tahan lama
Tips penjagaan aircond kereta
Aircond Kereta |
Kerana terlalu kerap digunakan menjadikan prestasi aircond tidak memberikan fungsi optimum. Mungkin ramai di antara anda telah mengalami masalah air-cond seperti tidak sejuk dan lambat sejuk. Masalah-masalah ini tentu sahaja sudah cukup untuk mengganggu anda ketika memandu pada setiap hari. Untuk mendapatkan sedikit pengetahuan berkenaan punca atau sebab-sebab penyaman udara kereta tidak sejuk disini ada 6 tips penjagaan aircond kereta agar kekal sejuk dan tahan lama.
Mungkin sesetengah dari anda kadang-kadang berfikir bahawa jika penghawa dingin tidak sejuk mungkin disebabkan gas air-cond sudah habis atau kurang, dan hanya perlu ditambah masalah akan selesai. Disini perlu diketahui bahawa gas pada penghawa dingin kereta tidak akan habis dengan mudah untuk jangka masa yang lama, ini mungkin disebabkan adanya kebocoran pada hos atau saluran sistem aircond itu sendiri. Jika gas di penghawa dingin kereta anda sering berkurang atau habis dalam jangka waktu singkat, mungkin terdapat kebocoran pada sistem pendingin udara kereta anda.
Untuk itu, pemeriksaan sebelum menambah gas perlu dilakukan bagi mengenali punca dan sebab penghawa dingin kereta yang tidak sejuk di bawah:
Periksa dan lihat jika ada kebocoran di aircond hos atau saluran.
Kebocoran dalam saluran aircond atau hos yang biasanya disebabkan oleh jangka hayat part tersebut sudah terlalu uzur. Kebocoran di hos atau saluran air-cond boleh membuatkan gas akan sentiasa berkurang disebabkan keluar melalui lubang yang bocor.
Periksa keadaan evaporator dan kondensor.
Kerosakan pada evaporator dan kondensor adalah disebabkan oleh jangka hayat part tersebut, atau juga dipengaruhi oleh objek dan kotoran.
Periksa keadaan kompresor.
Kerosakan kepada komponen kompresor biasanya terdapat bunyi yang datang dari bahagian ruang enjin di mana terletaknya kompresor. Juga pastikan putaran kipas berada pada keadaan yang terbaik iaitu laju.
Oleh itu, anda tidak sepatutnya membuat keputusan untuk menambah gas sebelum menentukan sama ada terdapat kebocoran atau kerosakan kepada sistem air-cond atau tidak. Jangan terus menambah gas berkali-kali setiap kali anda berasa tidak sejuk, ini hanya akan merugikan anda.
Selain itu, mari kita lihat juga 6 tips mudah untuk menjaga penyaman udara kereta agar tetap sejuk di bawah:
1. Mengekalkan Kebersihan di dalam kereta.
Pastikan keadaan dalam kereta anda sentiasa bersih daripada kotoran habuk dan debu, keadaan ruang kabin yang kotor, berhabuk dan berdebu menjejaskan kebersihan penghawa dingin kereta, kerana kotoran dan habuk boleh melekat terus ke dalam ruang kabin kereta, antara part yang menggunakan fabrik seperti seat kereta pastinya sangat mudah untuk terjejas dengan kotoran.
2. Elakkan membuka cermin kereta apabila penghawa dingin dihidupkan.
Jangan memandu kereta dengan keadaan tingkap yang terbuka luas, terutama ketika air-cond sedang dihidupkan.
3. Elakkan merokok dalam keadaan aircond kereta sedang beroperasi.
Jika anda ingin merokok di dalam kereta, silalah mematikan penghawa dingin terlebih dahulu dan membuka tingkap supaya asap rokok keluar dan tidak terkepung pada ruang dalam kabin kereta.
4. Bersihkan kondenser air-cond Kereta.
Cubalah untuk melakukan penyelenggaraan tetap dan berjadual pada komponen kondenser, juga bersihkan kondenser apabila anda mencuci kereta untuk menghilangkan habuk dan kotoran, yang dapat menyebabkan kebocoran dan hakisan.
5. Bersihkan Penapis atau filter.
Jangan lupa untuk sentiasa menjaga dan membersihkan penapis kabin. Lakukan penyelenggaraan dengan melakukan servis di servis penyaman udara kereta. Adalah digalakkan untuk menggantikannya, jika anda rasa perlu melakukan penukaran penapis kabin secara berjadual.
6. Sentiasa lakukan servis tetap berjadual kepada penyaman udara kereta.
Dengan melakukan servis tetap pada air-cond ianya juga akan memudahkan anda melakukan penyelenggaraan dan penggantian pada part komponen bahagian-bahagian pada sistem penghawa dingin kereta anda.
Diatas adalah sedikit penjelasan dan perkongsian mengenai beberapa sebab penyaman udara kereta tidak sejuk dan 6 tips mudah untuk menjaga penyaman udara kereta supaya kekal sejuk. Sebenarnya, cara yang paling mudah untuk anda lakukan bagi memastikan penghawa dingin kereta tetap kekal sejuk dan tidak ada bau yang kurang menyenangkan adalah dengan selalu menjaga kebersihan di dalam ruang kabin kereta. Keadaan ruang kabin yang bersih dan tidak berdebu atau berhabuk akan membantu menjaga penghawa dingin kereta anda supaya tetap sejuk dan berbau segar.
Sekian daripada rodahonda.com supaya perkongsian tips ini yang diberikan dapat memberi manfaat dan dapat membantu anda agar selesa dan lancar ketika memandu.