Honda City special edition Malaysia - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda City special edition Malaysia

Honda City special edition Malaysia


Sudah diketahui bahawa Honda City adalah model kereta sedan yang berada pada segmen B terpopular di Malaysia pada ketika ini, melihat kepada jumlah angka jualannya di tahun ini sehingga Julai 2019, City telah mendahului jika dibandingkan dengan model-model dari jenama lain yang bukan berstatus kereta national dan berada di dalam kategori yang sama. Permintaan tinggi di pasaran automotif tanah air begitu memberangsangkan menjadikan Honda City adalah penyumbang peratusan terbesar dari keseluruhannya jumlah penjualannya. Pencapaian membanggakan tersebut membuatkan Honda Malaysia telah melancarkan model Honda City Special Edition 2019 Malaysia yang berasaskan spesifikasi model pertengahan iaitu varian E.

Honda City Special Edition
Honda City SE

Menawarkan dua pilihan warna iaitu White Orchid Pearl (RM75,955) dan Passion Red Pearl (RM76,075), harga tersebut adalah tanpa insuran dan cukai jalan. Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata "ini adalah salah satu cara pihak honda menunjukkan dan memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia bersempena dengan kempen Road to 900,000th Unit Milestone, kami telah melancarkan City Special Edition".

Secara ringkasan sebab-sebab utama Honda City menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah, City dijana oleh enjin bekapasiti 1.5 lier i-Vtec yang bertenaga serta jimat bahan api, dipasangkan pula dengan transimisi CVT enam kelajuan dengan teknologi Honda Earth Dreams. Selain itu City juga telah menawan seluruh rakyat Malaysia dengan rupa reka bentuk sporty dan elegan yang mempunyai aura tersendiri biarpun sederhana. Mempunyai ruang tempat penyimpanan bagasi berkapasiti 536 liter dan sangat sesuai bagi semua peringkat umur sama ada yang sudah bekeluarga ataupun masih 'single'. Bagi ciri-ciri keselamatan pula, City didatangkan dengan ABS (Anti-lock Braking System), BA (Break Asist), VSA (Vehicle Stability Assist), HSA (Hill Start Assist), ESS (Emergency Stop Signal), EBD (Electronic Brake Distribution) dan enam beg udara SRS hanya dibekalkan pada varian V sahaja, manakala S dan E hanya disertakan dual airbag SRS

Mari kita lihat apa saja empat ciri-ciri dan aksesori baharu yang ditawarkan oleh Honda bagi model City Special Edition 2019 ini:

Perakam video digital (DVR)


Berfungsi untuk merakam pandangan ketika memandu

Pembaca Tol terbina (Built-In Toll Reader)


Memudahkan untuk perjalanan melalui lorong tol, tidak perlu menggunakan smart tag. Hanya perlu memasukkan kad Touch 'N Go dan pastikan baki mencukupi ke ruang slot pembaca tol yang terbina dan tidak perlu risau berkenaan kehabisan bateri kerana ianya sudah disambungkan ke sumber kuasa dari kereta.

Visor pintu (Door Visor)


Berguna ketika pemandu ingin membuka sedikit tingkap dikala cuaca hujan bagi mendapatkan udara segar, selain terlihat lebih sporty dan aerodinamik.

Organiser but (Trunk Organiser)


Memastikan barang-barang diletakkan didalam but sentiasa rapi dan tersusun agar mudah dicari.

Sekian sahaja ulasan bagi model terbaru Honda City Special Edition 2019, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam pencarian bagi mendapatkan informasi maklumat tentang Honda City Edisi Istimewa 2019 ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel