Perodua Axia facelift terdapat dua pilihan varian baru - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Perodua Axia facelift terdapat dua pilihan varian baru

Perodua Axia facelift terbaru



Gambar bayangan Perodua Axia Facelift 2019 sudah pun tersebar luas di media sosial, media cetak mahupun papan-papan iklan seluruh negara, dan dari pihak Perodua sendiri telah meng-upload gambar tersebut di website rasmi mereka. Mari kita lihat apa saja penambahbaikan terhadap Perodua Axia Facelift 2019 yang terdapat dua pilihan varian baru Gxtra dan Style. 

Perodua Axia Facelift Baru
Perodua Axia Facelift 2019

Pengenalan 


Secara ringkasnya ada beberapa ciri fungsi dan varian baru pada model facelift kali ini. Sebelum itu bercerita sedikit tentang sejarah generasi kereta kompak mampu milik buatan Perodua ini dari pengeluaran pertama dengan model bernama Kancil bermula 1994 sehingga 2009, kemudian Perodua Kelisa 2001 sehingga 2007 dan  Perodua Viva 2007 sehingga 2014 menjadi asas kesinambungan bagi model seterusnya iaitu Axia. Selain harganya yang menjadi poin terpenting ke atas permintaan yang tinggi, generasi kereta kompak ini juga sangat mudah diselenggarakan dengan yang digelaran kereta low mantanance serta sangat menjimatkan dalam penggunaan bahan api. Menjadi antara kereta yang laku keras di pasaran automotif Malaysia dan bertaraf kereta nasional sangat sesuai bagi masyarakat Malaysia berbagai peringkat umur dan pendapatan. Model Perodua Axia sebenarnya adalah model yang menggantikan Perodua Viva yang telah hadir sebelumnya di pasaran Malaysia bermula dari September 2014. Facelift pertama Axia dilancarkan pada Januari 2017, dan pada kali ini adalah facelift yang kedua. Sebelum ni Perodua Axia datang dengan dua jenis rupa reka bentuk iaitu perbezaan yang ketara dilihat pada bahagian lampu hadapan, yang mana antara lampu utama bagi varian tertinggi dan varian lainnya tidak sama. Tetapi untuk model facelift 2019 ini tiada perbezaan design dilakukan di antara varian yang berbeza adalah dari segi kemasan kombinasi trim dan aksesori yang ada pada bahagian dinamik Axia itu sendiri.

Varian


Facelift Axia terdahulu juga mempunyai empat varian pilihan iaitu bermula dari E, G, SE dan advance, yang mana varian G dan SE terdapat pilihan sama ada transmisi manual ataupun automatik. Bagi Axia E pihak perodua hanya mengeluarkan transmisi manual saja, dan bagi Axia spesifikasi tertinggi iaitu advance hanya satu pilihan transimisi automatik sahaja. Bagi pilihan varian Axia Facelift 2019, pihak Perodua telah menambah dua varian pilihan baru iaitu Gxtra dan Style, jika mengikut susunan varian Axia terendah hingga tertinggi adalah E, G, Gxtra, Style, SE dan advance adalah varian tertinggi. Facelift pada kali ini juga, mengekalkan Axia E dengan penggunaan yang hanya satu pilihan transimisi manual manakala yang lainnya akan menggunakan transmisi automatik.

Enjin 


Mengulas berkenaan prestasi pula Axia Facelift 2019 sama ada transmisi manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan masih lagi mengekalkan enjin 1.0 liter dan tiga silinder menggunakan kod enjin 1KR-VE VVTI yang menghasilkan 67 (HP) kuasa kuda dan 91 (Nm) pada 4400 RPM, dari tahap penggunaan bahan api tetap sama, iaitu bagi transmisi manual 22.5 km per liter dan bagi transmisi automatik 21.6 km per liter, ada sedikit perubahan kiraan terhadap penggunaan petrol bagi varian style iaitu nilai kilometer yang didapatkan rendah berbanding yang lain iaitu 20.8 km per liter, ini adalah disebabkan saiz rim yang digunakan lebih besar dari varian lainnya.

Ciri-Ciri Keselamatan 


Sebelum mengulas ke bahagian rim, kita lihat dahulu bahagian ciri keselamatan yang adalah perubahan besar terhadap Facelift Axia 2019 ini.  Dibekalkan advance safety assist 2.0 (A.S.A) with pedestrian detection yang mana ciri fungsi ini hanya didatangkan pada varian advance sahaja, (VSC) vehicle stability control with (TRC) traction control, (ABS) anti locking breaking system with (EBD) electronic brake Force distribution dan anti snatch hook yang tersedia pada bahagian sisi tempat duduk penumpang hadapan khusus untuk golongan wanita yang mahu menggantung beg tangan bagi mengurangkan risiko kes diragut.

Ciri fungsi lain bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada pemandu pula, terdapatnya ciri canggih iaitu  smart entry push start and stop button yang memudahkan enjin dihidupkan, (reverse camera) kamera pandang belakang, (front and rear sensor) sensor di bahagian hadapan dan belakang untuk memudahkan pemandu ketika pakir kenderaan, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan ketinggian dan (electric side mirror) cermin sisi elektrik. Ini adalah ciri-ciri asas yang tidak terdapat pada semua varian, tetapi yang pasti semua fungsi ini sudah pasti ada pada varian tertinggi iaitu Advance. Kesemua fungsi yang disebutkan tadi adalah dari ciri keselamatan sehinggalah ciri fungsi canggih tadi tidak terdapat pada varian terendah iaitu Axia E.

Harga


Bergerak ke bahangian terakhir iaitu exterior, kesemua varian Axia Facelift 2019 menggunakan rim 14 inci kecuali varian style sahaja yang didatangkan dengan rim bersaiz 15 inci, kerana itu lah jumlah perkiraan tahap penggunaan bahan bakar setiap kilometer dan liter petrol berbeza berbanding varian lain yang telah diulas pada bahangian prestasi tadi. Sedikit ulasan mengenai anggaran harga mungkin ada rakan-rakan yang ingin tahu berapakah anggaran tanda harga bagi Axia Facelift 2019? sumber Perodua mengumumkan harga akan bermula dari RM 24,000.00 sehingga ke RM 43,000.00 tanpa insurans dan cukai jalan. Buat anda yang ingin memiliki Perodua Axia Facelift 2019, tempahan telah pun dibuka dan silalah berkunjung ke bilik pameran kenderaan Perodua berdekatan anda.

  • RM 24,090 (Axia E)
  • RM 33,490 (Axia G)
  • RM 34,990 (Axia GXtra)
  • RM 38,890 (Axia SE)
  • RM 38,890 (Axia STYLE)
  • RM 43,190 (Axia AV)


Berikut adalah harga mengikut setiap varian Axia Facelift 2019 tidak termasuk insuran
Disertakan jaminan 5 Tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu)

Perodua Axia facelift Specs
Axia 2019 Spesifikasi

Kita nantikan kehadiran Axia Facelift 2019 ini, mengikut jangkaan kami pelancaran Axia Facelift baru ini akan diadakan pada 20-22 September 2019 di Setia Alam, Setia City Mall, Oval Lawn bersempena Karnival MY Perodua Nation.

Sekian ulasan dari rodahonda.com, diharap dapat memberikan informasi berguna kepada pembaca dan pengunjung laman web ini berkenaan Axia Facelift 2019.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel