Honda PCX 150 atau Yamaha NMAX Malaysia spesifikasi
Honda PCX 150 atau Yamaha NMAX |
Honda PCX 150 vs Yamaha NMAX 150 |
Keadaan kesesakan lalu lintas dan kesibukan rutin harian menjadi salah satu keadaan merumitkan bagi kita masyarakat di Malaysia umumnya. Megejar masa demi menyelesaikan tugas ataupun rutin harian seperti bergerak dari satu tempat ke tempat lain amatlah penting bagi setiap orang. Motosikal adalah salah satu solusi sumber pengangkutan selain menggunakan penggangkutan awam di negara kita. Disini kita akan membincangkan tentang perbandingan antara dua model skuter yang hangat diperkatakan iaitu Honda PCX 150 atau Yamaha NMAX.
Sedikit informasi tentang jenis-jenis motosikal yang berada di pasaran tanah air, selain yang kita ketahui motor berjenis "underbone" atau lebih popular sebagai kapcai, juga tidak asing lagi jenis skuter atau motosikal automatik telah sekian lama bersaing di pentas pasaran permotoran. Bagi yang mengalami dilema membuat pilihan diantara dua model Honda PCX 150 vs Yamaha NMAX skuter popular ini, mari kita terus membahaskan apa saja perbezaan, perbandingan kelebihan serta kekurangan di antara dua model berjenama dari Jepun ini iaitu Honda PCX 150 atau Yamaha NMAX harga Malaysia dan spesifikasi.
Rupa reka bentuk penampilan
Dari segi rupa reka bentuk dan penampilan, kedua-dua motor ini mempunyai rupa bentuk bodi yang hampir sama. Honda PCX 150 mempunyai reka bentuk elegan dan mewah, dilihat dari reka bentuk belakang dan lampu hadapan disusun dan menyerlahkan konsep elegan serta kelihatan mewah. Begitu juga dengan reka bentuk sisi yang sangat rapi dengan reka bentuk berongga cenderung bulat dan tidak terlampau extreme. Sedangkan NMAX menjurus ke arah rupa reka bentuk sporty. Ia mempunyai garis tajam tirus yang kelihatan gagah dan kukuh di hampir keseluruhan tubuhnya, tetapi tetap menyelitkan kesan-kesan elegan, NMAX terlihat lebih sporty dan bergaya terkini jika dibandingkan dengan Honda PCX 150. Secara peribadi kami lebih sukakan gaya penampilan Honda PCX 150 yamg kemas dan rapi, akan tetapi kembali kepada kehendak dan selera masing-masing.
Keselesaan
Mengulas berkenaan keselesaan, kedua-dua motor ini mempunyai ciri-ciri hampir sama kerana ia adalah jenis sama seperti scooter maxi. Terdapat juga perbezaan dalam tunggangan apabila dirasakan ketika menunggang kedua-dua model skuter ini. Honda PCX 150 menawarkan posisi tunggangan santai dengan kedudukan pemegang agak rendah dan luas. Sedikit tambahan, di bahagian hadapan motosikal ini mempunyai saiz yang tidak terlalu lebar sehinggakan kaki penunggang sedikit tegantung apabila ingin melunjurkan kaki. Tempat duduk di Honda PCX sedikit keras, ini mengurangkan rasa selesa dalam menunggang skuter ini ketika berada pada keadaan di tengah-tengah kesesakan lalu lintas serta cuaca panas. Punggung terasa hangat dan sakit ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada jangka masa yang lama. Tetapi ia bukanlah satu masalah kritikal kerana begitu banyaknya lambakan aksesori sarung tempat duduk motosikal yang boleh kita dapatkan di kedai-kedai sparepart aksesori motosikal berdekatan tempat tinggal. Bagi Yamaha NMAX sendiri menawarkan kedudukan tempat duduk penunggang yang santai dengan posisi lengan tinggi dan saiznya tepat bagi mengurangkan kepenatan atau lenguh ketika mengawal handle. Selain itu, lantai tempat letak kaki di Yamaha NMAX lebih luas dan lebar supaya penunggang boleh meletakkan kakinya secara fleksibel apabila ingin merehatkan kedua belah kaki. Apa yang digemari adalah tempat duduk NMAX mempunyai ruang luas dan sarung tempat duduk lembut dan empuk. Punggung tidak terasa panas dan tidak merasa sakit. Suspensi baru di Yamaha NMAX juga selesa dan berfungsi sangat baik dalam menyerap hentak ketika melalui jalan-jalan tidak rata. Pada sudut keselesaan, memperlihatkan NMAX mempunyai kelebihan, kerana kedudukan pemegang yang lebih tinggi dan rendah selain tempat duduk luas dan lebar serta lebih lembut dan amat selesa ketika menunggang dalam jangka waktu lama, ianya sudah tentu menawarkan lebih keselesaan berbanding Honda PCX 150.
Ciri-ciri fitur
Pada pembahasan ciri-ciri fitur yang terdapat di Honda PCX 150 dan Yamaha NMAX dilihat ada perbezaan ketara. Honda PCX 150 terdapat pelbagai ciri-ciri canggih seperti ISS, hazzard, pencucuhan tanpa kunci, alat penggera, pengecas 12v yang tidak terdapat pada Yamaha. Honda PCX 150 juga dilengkapi dengan sistem ABS. Sistem ABS dimiliki Honda PCX 150 lebih kebelakang dari segi cengkaman berbanding Yamaha NMAX kerana ia didatangkan dengan sistem single channel yang berbeza dengan versi ABS NMAX dilengkapi sistem dual channel depan dan belakang. Untuk ciri-ciri fitur, Honda PCX 150 ternyata lebih unggul. Dengan tanda harga diletakkan sedikit mahal berbanding dengan Yamaha NMAX.
Prestasi enjin
Enjin bagi kedua-duanya model ini mempunyai kapasiti berbeza, Yamaha NMAX 5cc lebih tinggi kerana kapasiti 155cc dan disokong oleh teknologi VVA. Secara fakta, Honda PCX 150 dijanakan dengan enjin bekapasiti 149.3cc SOHC2 dengan kuasa 14.5hp 13.2Nm tork berbanding dengan enjin Yamaha NMAX 155 berkapasiti 155cc SOHC4 VVA dengan kuasa 14.8hp 14.4Nm tork kelihatan serupa dari segi janaan kuasa dan tork. Jika dilihat antara kedua duanya mempunyai perbezaan prestasi sangat tipis, tetapi ketika menunggang kita akan merasa secara langsung perbezaannya sangat jelas ketara. Kuasa dan tenaga enjin yang bekalkan skuter Yamaha ini sangat responsif dan memberikan kekuatan tenaga sewajarnya ketika ditunggang di kawasan bebukit bukau contohnya di alur jalan berkeaadaan seperti naik ke Genting Highland ataupun Cameroon Highland kita akan tersenyum merasai keunggulan dan kekuasaan tenaga enjin daripada jentera Yamaha ini. Sedangkan Honda PCX 150 mempunyai karakter lembut dalam ertikata smooth iaitu enjin yang sangat santai dari segi prestasi. Sesungguhnya, apabila ditunggang di jalan-jalan dalam bandar ia lebih terkawal jika dibandingkan dengan Yamaha NMAX, tetapi apabila diuji pada jalan yang sedikit mencabar, kelihatan Honda PCX mempunyai jurang terlalu besar dan jauh ditinggalkan di belakang oleh skuter keluaran Yamaha ini. Jika di pilih dari segi prestasi enjin, Yamaha NMAX jelas mendahului Honda PCX 150. Selain sesuai tunggang di dalam bandar, NMAX juga sangat selesa ketika dibawa bagi perjalanan jauh dan sesuai dijadikan sebagai city bike dan touring bike. Tidak seperti Honda PCX 150 yang dilihat sesuai hanya digunakan bagi kegunaan harian ataupun dalam bandar sahaja.
Harga
Dari segi harga, Honda PCX 150 ditawarkan bermula pada tanda harga RM10,999.00 manakala Yamaha NMAX 155 bermula pada tanda harga RM8,409.00 (Harga dipaparkan adalah tanpa insurans)
Kesimpulannya
Walaupun kedua-dua model Skuter ini mempunyai segmen pasaran sama dan lingkungan harga sedikit berbeza. Ternyata ada perbezaan dari segi tunggangan dan kawalan, prestasi enjin dan keselesaan. Honda PCX 150 menawarkan model berkonsepkan elegan dan mewah serta enjin smooth lancar dan santai. Sedangkan skuter handalan dari Yamaha ini menawarkan enjin berprestasi dan berkuasa dengan model lebih berkonsepkan sporty. Jika anda menggemari ciri-ciri dan rupa reka bentuk mewah dan moden, anda boleh memilih Honda PCX 150. Tetapi jika anda mencari skuter sporty yang boleh digunakan di bandar dan ingin menjelajah (touring) bersama rakan-rakan pada hari minggu, anda boleh memilih Yamaha NMAX sebagai pilihan anda.