Honda RS 150 harga Malaysia dan spesifikasi kapcai premium - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda RS 150 harga Malaysia dan spesifikasi kapcai premium

Honda RS 150


Honda RS harga Malaysia spesifikasi
Honda RS 150 

Perlumbaan bagi saingan pasaran penjualan motosikal di kelas 150cc semakin rancak dengan kehadiran Honda RS 150. Jentera ini bersedia memberi saingan kepada Yamaha Y15, keduanya dibekalkan enjin 150cc. Kedua-dua model ini mempunyai reka bentuk hampir sama, dan menawarkan reka bentuk sporty yang tidak dimiliki oleh motor dalam kelas 110cc atau 125cc. Bukan itu sahaja, motosikal ini juga dilengkapi teknologi suntikan bahan api atau injection sebagai salah satu kelebihannya. Baiklah tanpa berlengah mari kita terus sahaja melihat berkenaan tajuk artikel diatas Honda RS 150 harga Malaysia dan spesifikasi kapcai premium teknologi PGM-FI fuel injection DOHC.

Teknologi PGM-FI ini, atau apa yang kita ketahui sebagai "fuel injection", adalah sistem teknologi pembakaran yang mampu mengoptimumkan prestasi enjin, kerana ia mempunyai sistem pembakaran yang lebih efektif dan efisien. Ini akan memberi kesan terhadap kecekapan pembakaran bahan api, jadi penggunaan petrol akan lebih ekonomik. Di samping itu, Honda RS150 juga dilengkapi dua brek cakera dibekalkan di depan dan belakang. Tayar di gunakan juga agak besar, jadi pengendalian ketika ditunggang akan terasa lebih selesa.

RS 150 mempunyai kapasiti 149.16cc, dan disokong oleh sistem suntikan bahan api (fuel injection). Diperkasakan dengan enjin ini, RS 150 mampu menghasilkan tork sangat besar, dan dikuasakan sehingga 15.74hp. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya kapcai premium ini dapat memecut dengan sangat laju.

Prestasi enjin dihasilkan adalah sewajarnya bagi motor berkapasiti 150cc. Jadi, jentera ini dapat bersaing dengan motosikal 150cc di kelasnya, ia dilengkapkan teknologi terkini dan canggih supaya enjinnya lebih kuat dan dapat bergerak lancar ketika melewati jalan-jalan sesak. Terdapat dua variasi RS 150 yang boleh anda miliki harga bermula dari RM7,999 untuk versi standard dan RM8,299 versi Repsol Edition. Terdapat empat pilihan warna iaitu hitam mutiara maggelanic, merah candy, biru mutiara nightfall dan edisi repsol honda. Untuk melihat kehebatan kapcai premium ini, serta mengetahui spesifikasi Honda RS 150, sila rujuk maklumat berikut.

Reka bentuk


Jentera kapcai dari Honda ini mempunyai reka bentuk menawan dan penampilan luar yang sangat sporty. Kerana RS 150 sememangnya direka khas dengan tampilan tubuh bercirikan aerodinamik tajam bagi menambah kesan sporty. Kemudian di bahagian hadapan, lampu LED telah sedia terpasang seakan sama reka lampu depan "All New CBR150R". Malangnya lampu brek di belakang masih menggunakan mentol biasa, dan belum menggunakan teknologi LED.

Secara keseluruhan, Honda RS150 mempunyai badan berukuran 2,025mm panjang, lebar 725mm, dan ketinggian 1,102mm. Di samping itu, jentera Honda ini juga mempunyai ketinggian tempat duduk berukuran 780mm dan tangki yang mampu menampung bahan bakar sehingga berkapasiti 4.5 liter. Malangnya jentera ini tidak mempunyai ruang untuk menyimpan topi keledar. Kerana, di belakang tangki hanya terdapat ruang simpanan kecil, untuk menyimpan barang-barang kecil seperti buku, kunci atau selainnya. Reka bentuk belakang kelihatan tirus, jadi wajar bahawa motosikal ini tidak mempunyai ruang penyimpanan besar.

Prestasi enjin


Prestasi Honda RS 150 adalah seperti motor sport 150 cc, kerana di dalamnya telah dipasang enjin empat lejang, DOHC, sistem penyejukan cecair ditambah kipas pendingin. Enjin mempunyai 4 injap dengan jumlah silinder mencapai 149.16cc. Menariknya, enjin Honda RS 150 mampu menghasilkan tenaga kuasa sehingga mencapai 15.74hp atau sama 11.6KW. Prestasi yang berkuasa ini, tidak boleh dipisahkan dari penggunaan omboh bersaiz diameter 57.3 mm x 57.8 mm. Di samping itu, "cylinder head" juga dibuat menggunakan binaan kukuh untuk DOHC yang mempunyai 4 injap.

Untuk mengoptimumkan prestasi enjin, Honda RS 150 disematkan teknologi PGM-FI. Sistem pembakaran teknologi suntikan bahan api (fuel injection), akan menjadikan prestasi enjin lebih responsif dan dapat memaksimumkan tahap kecekapan penggunaan bahan api. Selain itu, sistem pembakaran PGM-FI mempunyai badan pendikit 30mm dan 8 lubang suntikan bahan api, supaya pembakaran petrol lebih sempurna. Ini adalah salah satu faktor membuat harga Honda RS 150 agak mahal. Walaupun harganya tinggi, tetapi prestasi tidak perlu diragui.

Suspensi dan roda


Setanding harganya Honda RS 150, kapcai ini mampu menghasilkan sehingga 13.5Nm tork pada 6,500rpm. Kuasa dan tork akan dihantar kepada sistem transmisi manual 6-kelajuan disokong oleh sistem klac "wet multiple" bersama "coil spring". Kemudian untuk penyerap hentakkan, terdapat suspensi hadapan yang menggunakan teleskopik berdiameter 31 sementara di belakang dibekalkan monoshock konvensional. Bukan itu sahaja, kapcai premium ini juga dilengkapi brek disc menyerlah pada tayar depan dan belakang.

Tayar Honda RS 150 juga lebih besar jika dibandingkan dengan model- model kapcai seangkatannya, di mana motosikal ini menggunakan tayar berukuran 90/80-17 dan roda aloi berukuran 1.85×17. Roda aloi berdiameter 17 inci dipertingkatkan kualiti cengkaman brek bersaiz cakera 256mm. Berganjak ke belakang kita akan menemui tayar bersaiz 120/70-17 dengan rim 3.50×17. Kemudian terdapat juga cakera piring berdimensi 220mm. Berbekalkan ini, rakan kita tidak perlu teragak-agak untuk memecut bersama Honda RS 150 kerana ia mempunyai pengendalian dan kawalan sangat sempurna, dan disokong oleh sistem brek terbaik serta berkualiti tinggi.

Ciri-ciri fitur


Harga Honda RS 150 digolong agak mahal, tetapi motor ini mempunyai ciri-ciri lengkap bersedia membuai perasaan penunggangnya dengan keselesaan tunggangan maksimum. Dipadukan enjin berkuasa yang disokong oleh ciri PGM-FI, motor ini bukan sahaja mampu memecut laju tetapi juga sangat menjimatkan bagi penggunaan bahan api. Untuk melihat tahap kelajuan motosikal ini, sudah ada "speedometer" gaya terkini yang digabungkan dari sistem analog dan digital. Untuk sistem analog, "tachometer" besar terpampang jelas di bahagian meter. Bagi sistem digital, ia akan memaparkan maklumat tentang "speedometer", "odometer", "tripmeter", meter baki petrol dan kedudukan gear.

Tidak kurang menarik, RS 150 telah menggunakan tayar "tubeless" dari IRC jenis NF66 untuk bahagian depan, dan belakang mempunyai jenis NR83. Bukan itu sahaja, motosikal ini juga mempunyai reka bentuk sporty dipasarkan dalam dua varian berbeza, iaitu varian standard, dan varian Repsol Edition dan mempunyai kepelbagaian warna. Dengan semua ciri dan kecanggihan teknologi enjin Honda RS 150cc, Jentera ini pasti menjadi pilihan terbaik dalam kelas kapcai premium.

Kesimpulan


Secara keseluruhannya, Honda RS 150 adalah salah satu pilihan terbaik bagi anda yang ingin memiliki sebuah motosikal kapcai premium yang berkuasa. Terapan sistem teknologi terbaru pastinya ia sebuah jentera selesa dan sesuai ditunggang samada menempuhi perjalanan jarak pendek mahupun jarak panjang. Selain berkuasa dengan janaan enjin berkapsiti besar buat sebuah kapcai, RS 150 juga sangat menjimatkan dalam penggunaan petrol. Biarpun agak mahal jika dilihat dari tanda harga ditawarkan, perlu dilihat juga apa dibekalkan pada sebuah motosikal berteknologi ini. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel