Yamaha Y15ZR
|
Y15ZR 2019 |
Yamaha Y15ZR 2019 tidak diragukan lagi adalah model kapcai premium yang telah merajai dan menakluki pasaran motorsikal Malaysia di dalam segmen jentera 150cc. Rata-rata penggemar arena permotoran di negara ini bersetuju bahawa jentera handalan keluaran Yamaha ini memiliki rupa reka bentuk menawan dan
sporty yang sukar ditandingi pesaingnya di kategori seangkatannya. Lebih dikenali dengan gelaran
Ysuku dikalangan penggemar motosikal tanah air, Yamaha Y15 ZR melalui pengedar utama di Malaysia iaitu
Hong Leong Yamaha Motor telah memperkenalkan model terbaru Y15ZR 2019 kali ini dengan ciri-ciri dan fitur terbaru bagi mengukuhkan lagi cengkaman mereka di pentas pasaran motosikal kapcai premium di Malaysia. Mari kita terus melihat ulasan ringkas berkenaan tajuk topik di atas iaitu "
Y15ZR 2019 model Yamaha diperkenalkan pada empat ciri-ciri istimewa terbaru" adalah seperti berikut:
Lampu LED - Lebih terang dan boleh laras
|
Lampu LED |
Demi untuk memberi daya saing serta tidak mahu ketinggalan daripada model pesaing terdekatnya iaitu Honda RS150, sebelumnya telah menggunakan teknologi untuk lampu utama hadapan ini terlebih dahulu. Yamaha telah membawa masuk model Y15ZR kali ini dihadirkan lampu hadapan berteknologi
LED yang lebih canggih dan terlihat
sporty. Fungsi disematkan kepada ciri fitur terbaru ini adalah terdapat tiga bahagian boleh laras (dua aras rendah, satu aras tinggi) memberi pencahayaan cukup terang dan maksimum ketika menunggang pada maktu malam atau kurang pencahayaan, disamping dapat melaras lampu mengikut kesesuaian cahaya pada keadaan tertentu.
Panel Meter LED - Jelas lengkap dengan informasi
|
Panel Meter LED |
Rekaan terbaru
Speedometer menampilkan keseluruhan panel meter
LCD sebagai rujukan atau petunjuk. Fungsi terbaru ini dilihat sangat memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap informasi di panel meter ketika penunggang ingin mengalihkan seketika pandangan untuk melihat kearah panel meter. Maka ketika menunggang tidak perlu memberikan fokus terlalu lama terhadap informasi motosikal, kerana dalam sekali imbas boleh dilihat keseluruhan panel meter.
Tayar Hadapan - Lebih besar dan terlihat mantap
|
Tayar Hadapan Lebih Besar |
Tayar hadapan pada model Yamaha Y15ZR kali ini juga lebih besar dari model sebelumnya, didatangkan tayar bersaiz
70/ 90-17M/C (38P) Y15ZR ini terlihat lebih padu dan mantap.
Pelekat Bodi (Strike Sticker Cover Set) - Corak kombinasi moden
|
Strip Sticker Cover Set Baru |
Corak grafik pada bodi juga diperbaharui oleh kombinasi rekaan grafik yang terlihat lebih moden mengikuti peredaran masa terkini. Dengan kehadiran corak rekaan terbaru pada bodi ini membuatkan perasaan penunggang dibuai rasa bersemangat dan meyakinkan ketika menunggang.
Harga dan pilihan warna
Dari segi harga Yamaha Y15ZR ditawarkan pada harga dari
RM8,168 (
harga adalah tanpa insuran/ cukai jalan) tersedia empat pilihan warna iaitu
Storm Blue, Striking Cyan, Dynamc Grey dan
Blazing Red.
Kesimpulan
Model Yamaha Y15ZR pada kali ini dilihat melengkapkan terhadap kerurangan yang ada pada model sebelumnya, juga tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan model kapcai premium keluaran Honda iaitu RS 150. Disamping memperkukuhkan penaklukannya dari segi penjualan, Yamaha juga cuba memberi daya saing dan perhatian keatas kemajuan dunia automotif terkini mengikuti peredaran perubahan inovasi teknologi dari masa ke semasa. Pesaingan yang kita lihat ini sedikit sebanyak memberikan keuntungan dan kelebihan terhadap pilihan kepada para bakal pembeli disamping dapat memiliki motosikal yang bebaloi dengan harga.