Honda City 2020 diperkasakan enjin turbo - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda City 2020 diperkasakan enjin turbo


Honda City 2020


Honda City Enjin Turbo Liter
Honda City 2020 Vtec Turbo

Honda City 2020 sedan dikelaskan pada segmen B yang diperkasakan dengan enjin turbo 1.0 liter adalah model ditunggu tunggu kemunculannya bagi pasaran automotif di tanah air. Ini adalah kerana perkhabaran tentang kemunculannya diberitakan sebelumnya Honda City model turbo ini telah pun terdahulu dilancarkan di negara tertangga iaitu Thailand pada 25 November 2019 di acara Thailand Motor Expo 2019. Sebagai informasi untuk dikongsikan bersama, model new city ini adalah generasi kelima sejak generasi pertama dilancarkan pada pasaran global iaitu tahun 1981.

Selepas begitu lama menakluki pasaran kereta sedan kompak dengan model generasi keempatnya dari tahun 2014 sehinggalah sekarang, Honda kali ini telah hadir dengan inovasi terbaru melalui Honda City 2020 new model ini. Pembaharuan bagi model ini dilihat sangat ketara terhadap rekaan yang diterapkan konsep lebih moden dan sporty mengikut DNA dari model teragung mereka iaitu Honda Civic.

Selain menampilkan rupa rekabentuk atau design yang menawan, All New Honda City didatangkan dengan pembaharuan dari segi perfomance iaitu menggunakan teknologi handalan Honda iaitu Vtec dipadankan dengan enjin berkapasiti 1.0 liter turbo yang boleh menjana kuasa sehingga 122hp dan 173Nm tork dan disematkan dengan transimisi CVT.

Ingin tahu apa lagi kelebihan model Honda City Turbo ini? Honda dalam kenyataannya menyebut bahawa, enjin terbaru yang dibekalkan buat Honda 2020 City ini adalah diklaim sebagai enjin yang mempunyai tahap penggunaan bahan bakar yang sangat efisien iaitu serendah 23.8km/l sahaja.

Dari sudut keselamatan pula, model City generasi terbaru ini di lengkapkan dengan beberapa ciri keselamatan seperti ABS (Sistem Brek Anti-Kunci), EBD (Agihan Brek Elektronik), BA (Brek Bantuan) dan VSA (Bantuan Stabiliti Kenderaan).

Honda City New
Honda City 2020 DNA Civic

Harga ditawarkan untuk Honda City 1.0 Turbo ini bermula dari 579.500 THB (RM80,035) untuk varian S hingga 739.000 THB (RM102,061) pada varian tertinggi RS.

Kesimpulannya, detik pelancaran generasi terbaru Honda City New Model 2020 ini menandakan dan memberi bayangan bahawa model ikonik Honda yang sedang laku keras ini tidak lama lagi akan hadir ke pasaran Malaysia dengan generasi kelimanya. Biarpun masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak honda sendiri berkenaan tarikh ketibaan dan tanda harga yang akan dipasarkan di Malaysia, diharap artikel ini dapat memberikan perkongsian informasi berguna bagi pembaca tentang model tahun 2020 honda City ini.


Sumber Youtube : Honda 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel