Perodua Aruz harga dan spesifikasi ringkas - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Perodua Aruz harga dan spesifikasi ringkas

Perodua Aruz


Perodua-Aruz-harga-dan-spesifikasi-ringkas
Aruz gear up 


Perodua Aruz harga dan spesifikasi ringkas ulasan di hujung tahun 2019. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd PERODUA telah melancarkan kenderaan SUV mampu milik kedua mereka iaitu Aruz pada bulan Januari yang lalu. Bagi informasi buat kita bersama, model SUV pertama keluaran syarikat automotif kedua kereta nasional ini ialah Perodua Nautica, ia pernah diperkenalkan pada tahun 2008 sebelum pengeluarannya dihentikan pada tahun 2010.

Pada awal tahun 2019 lepas, penantian rakyat Malaysia bagi menyaksikan kederaan SUV segmen B ini terjawab apabila PERODUA telah meluncurkan model terbaru kereta tujuh tempat duduk pelbagai guna iaitu Aruz 2019. Pasti sudah ramai yang mengetahui bahawa Aruz adalah rebange dari model Toyota Rush. Harga Aruz ditawarkan lebih rendah sekitar RM 20 ribu jurang harga dibandingkan dengan Toyota Rush, agar model ini lebih laris selain menepati tujuan utama PERODUA iaitu memasarkan kenderaan mampu milik di pasaran tempatan disamping dapat bersaing bersama model seangkatannya dari jenama-jenama terkemuka lain.

Prestasi


Diperkasakan enjin empat silinder 1.5 liter (1,496cc) dengan kod 2NR-VE dual VVTI dan dipadankan transimisi auto empat kelajuan mampu menghasilkan 105Hp 136Nm tork pada 4,200Rpm. Aruz dijana enjin yang sama dengan Myvi generasi ketiga serta mendapat pengiktirafan sebagai kenderaan EEV, cekap tenaga dengan sistem "Eco Idle" dapat mengurangkan penggunaan bahan api dari perkiraan 15.6 km per liter.

Keselamatan


Model Aruz telah mendapat pengiktirafan lima bintang dari ASEAN NCAP sebagai kenderaan yang melepasi ujian tahap pelanggaran perlu dilalui. Dibekalkan dengan enam beg udara, VSA, ABS, EBD, BA, HSA (bantuan mula mendaki dan kawalan menuruni Bukit), isyarat Berhenti Kecemasan, tujuh amaran tali keledar berasingan dan
dua ISOFIX (hanya pada barisan kedua). Aruz juga datang dengan pakej keselamatan aktif Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 terdiri dari sistem Pre-collision Warning, Pre-collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Harga


Beralih kepada harga Aruz, didatangkan dengan dua varian iaitu X dan AV (Advance). Ditawarkan harga Aruz bermula pada tanda harga RM 72,900 bagi varian X dan RM 77,900 untuk AV (Advance), Aruz Perodua dilihat sangat berbaloi dengan pakej yang diberikankan untuk sebuah kenderaan SUV mampu milik. Dilengkapi ciri-ciri fitur terkini dan lengkap sebagai sebuah kenderaan pelbagai guna, kereta Aruz Perodua sangat terjangkau untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana samada yang sudah berkeluarga mahupun bujang.



Sumber : Perodua

Demikian sedikit ulasan ringkas dan santai dari admin rodahonda.com, diharapkan informasi berkenaan kereta Aruz Produa ini dapat memberi manfaat dalam perkongsian yang berguna kepada pengunjung dan pembaca halaman sederhana ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel