Skuter YAMAHA NVX 155 ciri istimewa berteknologi canggih
Skuter Yamaha NVX 155
Syarikat pengeluar motosikal terkemuka,Yamaha meneruskan legasi skuter premium terbaru dengan beberapa ciri-ciri fitur terkini dan berteknologi canggih. Selari slogan YAMAHA NVX iaitu "REVOLUSI DALAM INOVASI" memperlihatkan jentera ini disematkan beberapa elemen canggih dan berinovasi ke dalam semua aspek termasuk dari segi reka bentuk dan teknologi enjin bagi mengikuti trend peredaran zaman, disamping mempertingkatkan prestasi. Menawarkan rupa reka bentuk lebih agresif dan sporty, skuter YAMAHA NVX 155 ciri istimewa berteknologi canggih nampak menonjol jika dibandingkan motor skuter premium sekelasnya.
Dari sudut prestasi pula, tidak dapat dinafikan NVX 155 dipadankan enjin berteknologi canggih dan berkuasa yang sangat baik, kerana ia adalah adaptasi dari model YAMAHA NMAX diketahui dan terbukti bertenaga serta lancar ketika dikendalikan. Artikel pada kali ini, pihak admin akan berkongsi informasi tentang apa saja ciri istimewa yang ditawarkan pada YAMAHA NVX 2019.
PANEL METER LCD
Panel LCD |
FORK HADAPAN LEBIH BESAR
Fork Hadapan |
RUANG SIMPANAN BERSERTA SOKET ELEKTRIK
Ciri istimewa yang satu ini seakan menjadi kemestian di setiap kenderaan zaman sekarang. Bagi memastikan kita terus berteknologi dan berkomunikasi tanpa harus memikirkan gadget kehabisan bateri, skuter NVX 155 telah tersedia soket elektrik bagi memudahkan pengecasan gadget, seperti contoh telefon pintar khursusnya. Ruang simpanan kecil juga tersedia bersama soket pengecas buat kemudahan menyimpan barangan kecil.
LAMPU HADAPAN DAN BELAKANG LED
Teknologi lampu LED bukanlah satu benda baharu bagi motosikal yang ada dipasaran masa kini. NVX skuter didatangkan lampu LED serba canggih depan dan belakang untuk memberikan sumber pencahayaan agar lebih terang dan jelas demi keselamatan.
BREK HADAPAN BESAR DILENGKAPI SISTEM ABS
Brek ABS |
SUSPENSI BELAKANG SPORTY
Agar dapat menyesuaikan berat penunggang atau pembonceng, suspensi dipadankan pada NVX terlihat lebih sporty disamping memberikan keselesaan dan kestabilan tunggangan dalam apa jua keadaan permukaan jalan.
TAYAR TANPA TIUB (TUBELESS) LEBAR
Tayar tanpa tiub (tubeless) adalah salah satu keperluan perlu ada pada kenderaan sekarang. Sebagai sebuah skuter premium, skuter NVX YAMAHA mempunyai tayar tubeless berukuran lebar sebesar 110/80-14M/C 53P bagi hadapan, 140/70-14M/C 62P buat belakang. Tayar selebar ini menyerlahkan keterampilan NVX agar kelihatan lebuh gagah dan sporty serta menjamin tunggangan stabil setiap kali meluncur di atas jalan.
SISTEM KUNCI PINTAR (SMART KEY)
Tidak cukup fitur diatas sahaja, motor skuter NVX dianggap sebagai sebuah skuter premium tentunya mendatangkan jangkaan tinggi bagi setiap bakal pembeli. Oleh demikian YAMAHA telah membekalkan fitur keselamatan sekuriti iaitu sistem tanpa kunci (remote keyless) beserta immobilizer agar senang mengesan motorsikal jika berada dikawasan tapak parkir dipenuhi dengan motosikal contohnya.
PEMEGANG BELAKANG BERSEPADU
Salah satu aksesori tambahan YAMAHA skuter NVX adalah pemegang belakang bersepadu bercantum bodi motosikal bertujuan menambah tampilan sporty pada jentera ini.
RUANG SIMPANAN 25 LITER
Dari pandangan luaran sudah dapat dijangkakan skuter NVX bersaiz lebar ini ada disediakan ruang simpanan luas sebesar 25 liter dibawah tempat duduk. Ruangan luas ini boleh memuatkan topi keledar dan barangan peribadi.
PENUTUP TANGKI BAHAN API
Dengan menempatkan tempat pengisian petrol dihadapan penunggang diantara handle dan tempat duduk, ia kelihatan kemas disamping enak mata memandang.
SISTEM ‘STOP & START’ MENJIMATKAN BAHAN API
Fitur ini perlu diterapkan pada setiap motosikal ketika ini adalah sistem 'stop & start'. Jika mengaktifkannya, sistem ini akan bertindak secara automatik mematikan enjin bila skuter dihentikan. Ia bertujuan untuk menjimatkan bahan bakar, seterusnya penjana motor pintar juga alat elektronik khursus akan menghidupkan enjin kembali secara senyap dengan hanya memulas sedikit pendikit skuter 155cc ini.
ENJIN 155CC LC4V BLUE CORE DEGAN VVA
VVA (Variable Valve Actuation) |
HARGA
RM 9,906 (Harga atas jalan tidak termasuk insuran)