Perodua Bezza 2020 facelift design sporty dan extreme
Perodua Bezza 2020 sporty dan extreme
Pandangan Depan |
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) memulakan langkah ke tahun 2020 dengan memperkenalkan facelift terbaru bagi model sedan mampu milik popular mereka iaitu Bezza 2020. Sebagai informasi bagi perkongsian bersama, Bezza telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dipasaran automotif tempatan apabila sudah terjual lebih dari 180,000 unit sejak ia mula dilancarkan pada 2016. Bezza juga adalah sedan pertama di Malaysia menggunakan teknologi (EEV) kenderaan cekap elektrik yang dihasilkan sepenuhnya oleh pengeluar kereta nasional Perodua.
Pengenalan model Bezza facelift terbaru ini memperlihatkan Perodua sedang terus memberi nilai saing kepada model sejalur mereka iaitu Proton Saga. Pada artikel kali ini kita akan mengulas beberapa ciri-ciri terbaru yang ditawarkan kepada Bezza 2020 facelift serta harga setiap varian bagi pasaran tanah air.
Design Serba Baharu
Tampilan Bahagian Depan
Perubahan ketara dapat dilihat pada bahagian hadapan dimana, New Bezza secara total telah memperbaharui lampu utama hadapan agar terlihat lebih tirus berbanding model terdahulu serta menggunakan teknologi LED. Selain itu bumper hadapan juga mengalami perubahan besar apabila rekaan terbaru bumper kali ini nampak lebih sporty dan extreme. Bagi memberi nilai elegan dan moden, grille hadapan diganti dengan rekaan terbaru disamping menampakkan perbezaan dari model Bezza terdahulu.
Tampilan Bahagian Belakang
Pandangan Belakang |
Melihat dari sudut belakang mata akan terus dibawa melihat ke arah reflector yang dipasangkan pada permukaan bawah bumper kiri dan kanan, ia membuatkan pandangan dari belakang lebih lebar dan tinggi. Lampu brek utama belakang tiada sebarang perubahan masih lagi mengekalkan DNA dari sebelumnya.
Sistem Keselamatan
Design dan Fitur |
Perodua Bezza baharu ini juga tidak ketinggalan mengalami penambahbaikan dari segi ciri keselamatan seperti model-model keluaran Perodua, Myvi Generasi ketiga dan Aruz, iaitu sistem Advance safety assist (A.S.A) juga didapati pada model facelift 2020 kali ini. Namun sayangnya ciri ini hanya ada pada varian tertinggi sahaja.
Harga
Tanda harga Bezza facelift 2020 bermula dari, RM34,580 sehingga RM49,980 dan ditawarkan pada empat pilihan varian 1.0GX (M) - (RM34,580), 1.0GX (A) - (RM36,580), 1.3X (RM43,980) dan model paling atas 1.3 Advance -(RM49,980)
Kesimpulan
Secara keseluruhannya Bezza facelift 2020 yang akan dilancarkan pada awal tahun 2020 menerapkan konsep sporty dan extreme dengan rupa reka bentuk segar, terutama pada tampilan hadapan. Ciri fungsi sistem keselamatan juga ada penambahbaikan supaya lebih mengikuti peredaran kemajuan teknologi automotif global serta dapat memberi daya saing di arena pasaran kereta sedan segmen A.