Toyota Corolla Altis Malaysia generasi ke 12
Toyota Corolla Altis
Toyota Corolla Altis 2020 |
Kali ini admin akan membawa pembaca dan pengunjung blog untuk menjenguk ringkasan artikel berkenaan model terbaru Toyota Corolla Altis 2020 generasi ke 12. Dilancarkan pada Oktober 2019 bagi pasaran di Malaysia, model sedan lagenda dari keluarga Corolla sebelumnya telah menjadi icon Toyota sendiri dan telah 5 dekad menjadi antara kereta terlaris jualannya dipasaran dunia. Bermula awal kemunculannya di pentas automotif global sejak tahun 1966, Corolla terus menjadi model kereta paling berjaya memikat hati masyarakat dunia yang inginkan konsep kereta matang dan mewah.
Berbalik kepada topik artikel diatas berkenaan model terbaru Corolla yang diberi nama Altis, mari kita melihat apa saja perubahan serta pembaharuan yang telah dilakukan pada model Toyota Corolla Altis Malaysia 2020 ini. Buat pengetahuan pembaca, kereta yang dikategorikan pada kenderaan segmen C ini adalah unit yang diimport (CBU) dari Thailand.
Harga Toyota Altis Malaysia
Bagi pasaran Malaysia, Altis ditawarkan pada dua varian sahaja iaitu 1.8E dan 1.8G tiada model Hybrid yang dibawa masuk sepertimana negara ASEAN lain yang sudah pun menerima kemasukan Altis hybrid. Bagi varian 1.8E ia dijual pada harga RM128,888 manakala 1.8G pula dijual pada harga RM136,888 kedua dua harga mengikut varian tersebut adalah tanpa insuran dan diberikan jaminan selama lima tahun tanpa had kilometer tertentu.
Didatangkan dengan 5 pilihan warna:
- Celestite Grey Metallic
- Silver Metallic
- Attitude Black
- Red Mica Metallic
- White Pearl Crystal Shine (tambahan RM800 akan dikenakan pada warna ini)
Biarpun secara keseluruhan reka bentuk design rupa Altis baru ini berubah, tetapi bahagian prestasi kuasa masih lagi dijanakan dengan enjin Altis model sebelumnya yang menggunakan kod 2ZR-FE. Enjin 4 selinder berkapasiti 1.8 liter mampu menghasilkan kuasa tenaga sehingga 139Ps (137Hp) pada 6,400Rpm dan 173Nm tork pada 4,000Rpm ke roda hadapan, dipadankan pula dengan transmisi automatik CVT 7 kelajuan dengan tambahan kawalan terotel elektronik (ETC). Pemanduan juga boleh dilaraskan kepada dua karakter atau mod iaitu Sport dan Eco demi memberi kepuasan kepada pemandu yang ingin bertukar selera ketika memandu.
Model Altis 2020 ini juga dibina berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-C yang yang memperlihatkan rupa kereta ini lebih dinamik seakan akan wajah kereta eropah. Saiz bodi atau dimensi kenderaan ini juga diubah lebih panjang (4,630mm) dan lebar (1,780mm) akan tetapi lebih rendah (1,435mm) dari model sebelumnya.
Ciri-ciri keselamatan
- Tujuh beg udara (depan, bidai dan lutut pemandu)
- Vehicle Stability Control (VSC)
- Traction Control (TRC)
- ABS dengan EBD dan Brake Assist
- Hill-start Assist Control (HAC)
- Emergency Stop Signal (ESS)
- Sistem pemerhati tekanan angin tayar
- Cagak Isofix (tempat duduk belakang)
*Ciri keselamatan diatas terdapat pada kedua dua varian Altis 1.8E & 1.8G
Ciri-ciri tambahan
*hanya terdapat pada varian 1.8G sahaja- Pakej sistem keselamatan dan bantuan pemandu Toyota Safety Sense yang termasuk Pre-Collision System (PCS)
- Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist & Lane Tracing Assist (LTA)
- Dynamic Radar Cruise Control (DRCC),
- (Automatic High Beam (AHB) dan Blind Spot Monitor (BSM)
Kesimpulannya, kehadiran Toyota Corolla Altis telah memberi tanparan hebat keatas model-model seangkatan dengannya seperti Mazda 3 dan sudah tentunya Honda Civic. Dari segi tampilan design, Corolla Altis 2020 bagi pasaran malaysia ini kelihatan garang, elegan dan mewah.
Berikut adalah spesifikasi lengkap:
Sumber Youtube : Toyota Malaysia
Sumber brosur : Toyota Malaysia