Toyota GR Yaris memiliki sentuhan kereta lumba WRC - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Toyota GR Yaris memiliki sentuhan kereta lumba WRC

Toyota GR Yaris 


Toyota-GR-Yaris-sentuhan-kereta-lumba
Luaran Depan


Toyota GR Yaris telah diperkenalkan secara rasmi. Model ini dibina berasaskan generasi terbaru Yaris empat pintu, GR menawarkan pakej berbeza dari segala sudut dan mempunyai dunianya sendiri.

Jelmaan Toyota Celica GT-Four


Kereta berkuasa tinggi dan memiliki sentuhan kereta lumba mungkin tiada didalam portfolio Toyota dari awal 2000an lagi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, barulah jentera prestasi tinggi telah dihasilkan Toyota. Bermula dari model Supra GR, 86 dan Yaris GRMN edisi terhad, telah memberikan petanda positif kepada Toyota sebagai peneraju syarikat yang sekian lama sudah bermain dikancah automotif global mengeluarkan taringnya di kategori jentera berkeupayaan tinggi. Terbaru, GR Yaris telah dipekenalkan ketika berlangsungnya Tokyo Auto Salon 2020. Model Yaris GR ini juga sebenarnya adalah model kelahiran semula Toyota Celica GT-Four, yang suatu ketika dahulu dihasilkan sebagai model homolagasi sebenar untuk membolehkan Toyota bertanding dalam WRC.

 Turbocharged 268Hp


Mempunyai kombinasi bodi ringan dan enjin kuat menjadi asas kukuh untuk dibanggakan Toyota. Diperkasa enjin tiga silinder 1.6 liter turbocharged mampu menghasilkan 257Hp, malahan boleh mencapai sehingga 268Hp untuk model JDM serta tork puncak 360Nm. Ini adalah enjin tiga silinder terkuat pernah dibekalkan kepada kereta untuk pemanduan atas jalan raya biasa. Tenaga kuasa sehebat ini kemudiannya dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Pencapaian prestasi juga mengambil kira soal berat kereta itu sendiri. Walaupun ianya sebuah kenderaan pacuan empat roda, tetapi beratnya hanya 1,280kg sahaja. Jika dikira, nisbah kuasa kepada berat adalah 5kg setiap Hp. Maka ia mampu meluncur sehingga 100Km/j (kilometer per jam) di bawah 5.5 saat dengan had laju maksimum 230Km/j.

Tiga Mod Pilihan Memandu Normal, Sport, Trek 


Toyota GR Yaris menyokong sistem GR-Four AWD, sistem ini direka bertujuan untuk membolehkan pengagihan kuasa 100 peratus ke roda depan atau belakang. Menggunakan suis dail mod 4WD, pemandu boleh menentukan tiga karektor pemanduan iaitu normal (pengedaran tork 60 peratus disalurkan ke hadapan). Mod sport (bertindak memberi keutamaan gandar belakang sebanyak 70 peratus bagi pemanduan yang menyeronokkan). Jika pemandu ingin mencuba merasa seolah olah memandu diatas litar sebenar, pilih mod Trek (pengagihan sama rata ke roda depan dan belakang sesuai keadaan kompetitif atau didalam perlumbaan).

Toyota-GR-Yaris-memiliki-sentuhan-kereta-lumba
Luaran Sisi


Harga Toyota GR Yaris 


Toyota akan membina sebuah kilang baru di Motomachi dimana terdapat produksi pemasangan khas yang didedikasikan untuk kereta GR. Terdapat model keluaran khas GR yang tersedia. GR Yaris hanya boleh didapati dalam bentuk hatchback dua pintu, dan ia kelihatan padu dengan memaparkan gril depan yang besar, dan roda 18 inci yang tersemat calipers brek merah kelihatan sangat garang. Model Edisi Pertama RZ bermula pada harga sekitar USD 36,000 (RM 147,000) di Jepun, sementara edisi prestasi tinggi RZ dengan tambahan Torsen, intercooler dengan fungsi cooling-spray, disamping rim BBS sekitar USD 42,000 (RM 170.000). Toyota juga tidak mengeluarkan kenyataan tentang jumlah keluaran model GR Yaris yang akan dibina nanti.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel