Triton Knight Limited Edition 2020 harga RM137,900
Mitsubishi Triton Knight Limited Edition
Triton Knight dilihat hampir mirip dengan varian terdahulu iaitu Triton Adventure X versi yang dipertingkatkan juga menerapkan konsep sporty dan agresif, pembaharuan pada Knight ini diberikan penekanan lebih kepada tambahan aksesori serta rupa design dan kemasan terkini agar kelihatan lebih segar. Bagi melihat apa saja penambahbaikan yang dilakukan pada varian Triton Knight 2020 terbaru ini, berikut adalah beberapa senarai ciri tambahan unik.
Front Bumper Grill |
Bumper beserta grill hadapan dengan kemasan kelabu disamping pelindung hud, memaparkan rupa yang lebih ranggi dan garang.
Hood Protector |
Strip pelekat bodi dengan design baru memberikan nilai sporty dan ekslusif
Body Stripe Sticker |
Alas kaki dalam kabin disulam jahitan benang merah di keseluruhan tepi, tersemat lambang Knight ditengah.
Red Stitching Carpet |
Visor pelindung tingkap
Side Window Deflector |
Pemijak kaki sisi
Scuff Plate |
Selain itu seperti juga versi Adventure X, Triton Knight didatangkan dengan ciri fitur sama iaitu monitor skrin sesentuh sebesar tujuh inci lengkap bersama sistem infotainment sokongan CarPlay dan Android Auto. Tersedia pemantau keliling kamera 360º bagi memudahkan jentera dikendalikan ketika sedang ingin masuk atau keluar dari tempat pakir.
Tidak ketinggalan, Triton Knight edisi terhad ini juga didatangkan DVR alat perakam video digital berfungsi sebagai dashcam untuk merakam pandangan depan situasi pemanduan.
Features |
Tidak cukup dengan itu, dihadirkan juga lampu hadapan utama berteknologi projector bi-LED termasuk DRL LED.
Dibahagian belakang pula dapat dilihat flying sport bar menjalar disisi kiri dan kanan atas ruang kargo terbuka bagi menonjolkan sebuah kenderaan pikup yang sporty dan agresif.
Dari segi prestasi kuasa sedikit informasi untuk dikongsikan bersama, Triton Knight diperkasakan dengan enjin berkapasiti 2.4L MIVEC Turbodiesel mampu menghasilkan 179Hp pada 3,500Rpm dan tork 430Nm dipadankan transmisi automatik 6 kelajuan.