Honda EX5 di alaf 2020 harga dan brosur - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Honda EX5 di alaf 2020 harga dan brosur

Honda EX5 2020



Honda-EX5-2020
Honda EX5 

Honda EX5 kembali ke alaf 2020 - Honda EX5 adalah ikon model kapcai popular satu ketika dahulu kini telah hadir di tahun 2020 facelift wajah baharu sambil mengekalkan konsep rekaan neo-klasik.

Jentera yang telah mewarnai jalan-jalan raya di Malaysia ini, diperkasakan enjin OHC 4 kitaran berkapasiti 110cc menghasilkan kuasa maksimum 6.37Kw pada 7,500Rpm dan tork puncak 8.62Nm/5,500Rpm single silinder menggunakan sistem penyejukan udara. Lebih menarik enjin dibekalkan menawarkan kelebihan terhadap penjimatan bahan api apabila ia dipadankan oleh sistem suntikan bahan api PGM-Fi (Suntikan Bahan Api Terancang).

Selain prestasi kuasa yang sangat efektif bagi sebuah motosikal kapcai budget, EX5 2020 facelift didatangkan beberapa ciri utama seperti sistem penghidup tendang beserta elektrik, suspensi atau penyerap hentak depan belakang jenis telekopik dan brek jenis dram gelendung bagi roda depan juga belakang

Dikategorikan sebagai motosikal mampu milik dengan pengurangan kos bahan buatan dan komponen, pengedar utama motosikal jenama Honda di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dilihat sangat peka terhadap golongan berpendapatan rendah yang ingin memiliki kapcai berkualiti dengan harga terjangkau.

Kenyataan diatas dibuktikan apabila harga Honda EX5 2020 ditawarkan pada dua pilihan iaitu:


  • RM4,783 Rim Jejari
  • RM5,009 Rim Sport


*Jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer 
*Harga diatas adalah tanpa insuran

EX5 2020 hadir dengan tiga pilihan warna:


  • Pearl Nightfall Blue
  • Candy Scintillated Red
  • Space Magenta Metallic


Honda-EX5-2020-Strip-Bodi
Strip Bodi

Strip pelekat bodi disisi kiri dan kanan terlihat corak simple tetapi ada daya tarikan tersendiri.

Honda-EX5-2020-Pandangan-Depan
Pandangan Depan

Pandangan dari depan nampak lebih kemas dengan kombinasi warna yang tidak terlalu ektrem.

Honda-EX5-2020-Pemegang-Krom
Pemegang Krom

Jalur pelekat strip di belakang tempat pemegang krom memaparkan gaya retro sebenar EX5 2020 ini.

Honda-EX5-Sport-Rim
Sport Rim

Didatangkan dengan sport rim bersama tayar tanpa tiup, selain bergaya dapat meningkatkan tahap keselamatan penunggang.

Kesimpulan


Kemunculan Honda EX5 facelift 2020 di alaf baharu ini dilihat dapat memberikan nostalgia terhadap setiap rakyat Malaysia, kerana kemana saja kita berada pastinya mata tidak akan lari dari melihat kapcai popular ini. Menurut pandangan admin, tujuan utama EX5 facelift 2020 ini dilancarkan adalah kerana untuk mengekalkan kedudukan model ikonik ini dipasaran motosikal tempatan disamping dapat memberikan pelbagai pilihan kepada bakal pembeli. 

   

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel