Yamaha Ego Solariz 2020 Malaysia Warna Baharu & Spesifikasi - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Yamaha Ego Solariz 2020 Malaysia Warna Baharu & Spesifikasi

Yamaha Ego Solariz 2020 Malaysia Warna Baharu & Spesifikasi


yamaha-solariz-2020
Skuter Ego Solariz 2020

Yamaha Ego Solariz 2020 Malaysia Warna Baharu & Spesifikasi - Yamaha telah mengemas kini warna dan rupa grafik terbaru bagi model skuter iaitu Ego Solariz. Empat pilihan Warna baharu yang diperkenalkan ialah :

  •  Merah
  •  Emas
  •  Biru
  •  Cyan


ego-solariz-warna
Empat Warna Pilihan

Secara ringkasnya informasi tentang harga spesifikasi motosikal ini adalah :

Yamaha Ego 2020 adalah tergolong dalam segmen model skuter kecil yang hadir ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM5,234 tanpa cukai jalan. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya ditawarkan pada harga RM5,548.

Didatangkan dengan enjin penyejukan udara, empat lejang, silinder tungggal berkapasiti 125cc. Ego Solariz mampu menghasilkan kuasa kuda maksimum 7.0kw/8000rpm serta tork puncak 9.6Nm/5500rpm dipadankan pula transmisi teknologi V-Belt automatik.

Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Ego Solariz 2020 ini adalah :

lampu-ego-solariz
Lampu Hadapan

Reka bentuk lampu hadapan yang lebih agresif, selain memiliki lampu utama bentuk menawan, ia juga memberikan sumber pencahayaan sempurna untuk menerangi perjalanan.

ekzos-ego-solariz
Ekzos

Ekzos tampak sangat bergaya turut menonjol rekaan terlihat sporty dan agesif.

lampu-belakang-ego-solariz
Lampu Brek Belakang

Lampu brek belakang menonjol memperkuatkan lagi konsep skuter kecil tetapi agresif.

Ego-Solariz-Meter
Panel Meter

Meter panel lengkap indikator 'ECO', memberikan info kepada penunggang berkenaan keseimbangan tenaga dan petrol ketika pembakaran sempurna serta efisien dicapai.

ruang-simpan-barang-ego-solariz
Ruang Simpan Barang

Ruangan tempat simpan barangan peribadi ataupun topi keledar lebih luas berkapasiti 10 liter.

enjin-ego-solariz
Enjin Teknologi Blue Core

Enjin 125cc berteknologi 'Blue Core' lengkap berserta sistem suntikan bahan api ekslusif dari Yamaha membuatkan tunggangan terasa lebih padu.

Informasi lebih lengkap ada di lampiran brosur dibawah :

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel