Honda HRV 2022 Malaysia harga dari RM114K
Informasi ringkas spesifikasi & harga Honda HRV 2022 Malaysia
Honda HRV 2022 Malaysia SUV Sporty Elegan dengan harga ditawarkan bermula RM114,800 beserta ulasan ringkas mengenai spesifikasi - Pada pertengahan bulan Julai 2022 Honda HRV secara rasminya telahpun dilancarkan bagi pasaran Malaysia. Seperti yang diketahui umum HRV adalah model kenderaan SUV yang membawa maksud 'Sport Utility Vehicle' atau diterjemahkan ke bahasa melayu membawa erti 'kenderaan utiliti sukan'.
Berbeza dengan generasi sebelumnya, kali ini keseluruhan rekabentuk model HR-V 2022 terbaru tampil dengan lebih bergaya, sporty dan elegan. Kehadiran SUV kategori segmen B ini dijangka akan memberikan kemeriahan dan persaingan sihat bersama model keluaran jenama lain seumpamanya yang sedang membanjiri pasaran automotif Malaysia dikala ini.
Berhubung dengan tajuk artikel diatas, blog rodahonda.com akan memberikan informasi terkini, terperinci dan seringkasnya tentang kemunculan model terbaharu ini.
Harga pasaran Malaysia
Ditawarkan dengan empat jenis varian pilihan adalah model S basic 1.5L harga bermula dari RM114,800, 1.5 E Turbo berharga RM129,800, 1.5 Turbo V RM134,800 serta versi tertinggi yang mempunyai pakej RS 'Racing Sport' iaitu 1.5L e:HEV RS dijual pada harga RM140,800. Harga dinyatakan adalah atas jalan belum termasuk insurans. Tidak terkecuali HRV 2022 ini juga ialah model CKD 'Completely Knock Down' pemasangan tempatan.
Berkenaan dengan spesifikasi, memetik ucapan Pengarah Urusan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura menyatakan pemilihan sistem janaan kuasa bawaan bagi kenderaan SUV HRV 2022 menggunakan e:HEV adalah kerana sistem yang julung kali diperkenalkan untuk model City juga City Hatchback itu telah mendapat sambutan hangat dipasaran sebelumnya. Sayangnya Sistem e:HEV ini hanya didapatkan pada varian tertingginya iaitu RS bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan serta pentingkan sistem hybrid yang efektif dan cekap buat sesebuah kenderaan SUV Honda.
Spesifikasi enjin
Membahas tentang spesifikasi enjin, tentunya kita akan dibawa melihat tahap kuasa yang dijana pada model HR-V Honda ini.
- HRV 1.5L S - 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC iVTEC 121 PS @ 6,600 rpm, 145 Nm Tork Puncak @ 4,300 rpm
- HRV 1.5L T E dan HRV HRV 1.5L T V - 181 PS @ 6,000 rpm, 240 Nm Tork Puncak @ 1,700-4,500 rpm
- HRV 1.5L e:HEV RS - 181 PS @ 6,000 rpm, 240 Nm @ 1,700-4,500 rpm - 131 PS @ 4,000-8,000 rpm, 253 Nm Tork Puncak @ 0-3,500 rpm
Pilihan varian
Varian E,V dan RS dilengkapi dengan pilihan sistem mod pemanduan seperti NORMAL, SPORT dan ECON. Versi S atau basic hanya ditawarkan kepada dua jenis mod pemanduan NORMAL dan ECO sahaja.
- Lunar Silver Metallic (Perak)
- Platinum White Pearl (Putih)
- Meteoroid Grey Metallic (Kelabu)
- Ruse Black Metallic (hitam)
- Ignite Red Metallic Merah)
Beralih ke bahagian standard merangkumi ciri keselamatan, interior dan exterior terbaru yang ditawarkan. Selain dari teknologi Honda Sensing melengkapi semua model HRV kecuali enam beg udara hanya terdapat pada varian E dan keatas, kesemua varian HRV hadir bersama ciri lampu LED automatik, Penghidup enjin kawalan jauh lengkap ciri 'Walk Away Auto Lock' dan paparan skrin sentuh 8 inci 2-DIN menyokong Apple CarPlay juga Android Auto sebahagian kecilnya.
Keterangan lanjut berkaitan informasi tentang harga dan spesifikasi lengkap Honda HR-V 2022, berikut adalah sebahagian lagi ciri-ciri pakej Honda HRV baharu ini yang pihak admin rodahonda lampirkan gambar beserta brosur bagi tujuan rujukan pembaca dan pengunjung blog ini.