Perodua Alza 2022 MPV hadir dengan tiga varian harga bermula dari 62k - Rodahonda | Media Informasi Dunia Automotif

Perodua Alza 2022 MPV hadir dengan tiga varian harga bermula dari 62k

Perodua Alza 2022 MPV

Perodua Alza 2022 MPV hadir dengan tiga varian harga bermula dari 62k - Model yang ditunggu ketibaannya terutama bagi golongan marhaen yang mendambakan sebuah kenderaan keluarga mampu milik, kini telah tiba ke pasaran tempatan iaitu Perodua Alza generasi kedua. Sedikit Informasi berkenaan Alza, model generasi terdahulu pernah dua kali menerima fasa penambahbaikan atau facelift pada tahun 2014 dan akhir tahun 2018. Sekian lama berada di dalam pasaran automotif tempatan bagi kenderaan MPV mini segmen B termurah iaitu selama tiga belas tahun sejak ia dilancarkan pada November 2009 hingga telah terjual sebanyak 400 ribu unit. 

Harga

Pembuka bicara kita terus sahaja membahas tentang harga, MPV Perodua terbaharu ini hadir dengan tiga varian pilihan iaitu 1.5L X (RM 62,500), 1.5L H (RM 68,000) disusuli versi tertingginya 1.5L AV (RM 75,500). Harga dinyatakan tidak termasuk insurans juga SST.

Bersandarkan aliran DNA dari platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) menjadikan Alza 2022 model kedua keluaran Perodua menggunakan platform sama mengikuti model Ativa yang terlebih dahulu mendapat suntikan pengembangan ini.    

Warna

Terdapat lima warna pilihan ditawarkan kepada Alza 2022 seperti Ivory White, Glittering Silver dan Elegant Black. Selebihnya adalah Garnet Red serta Vintage Brown hanya terpilih untuk varian H juga AV.   

Perodua Alza 2022 MPV Warna
    

Spesifikasi

Membahas tentang spesifikasi pula, model terbaru kini jauh berbeza dengan Alza gen pertama secara keseluruhan baik dari segi prestasi, rekabentuk luaran, dalaman, mahupun ciri-ciri (features).  

Prestasi kuasa

Ketiga tiga varian diperkasakan dengan enjin empat silinder Dual VVT-i DOCH EFI 1.5 liter digandingkan dengan kotak gear D-CVT dapat menghasilkan 105 hp serta 138 Nm tork puncak pada 4,200 rpm. Menyentuh kepada jenis enjin yang digunakan Alza baharu ini, pastinya berlegar di kepala kita adakah enjin dibekalkan sama dengan Myvi 1.5L? Ya benar, akan tetapi dengan talaan ataupun tuning yang dilakukan oleh pihak Perodua terhadap unit penting ini, prestasi kuasa enjin dihasilkan bersesuaian dengan sebuah kenderaan MPV dan lancar untuk dipandu.

Fitur

Mod pemanduan juga adalah sentuhan terbaru buat model MPV Perodua Alza, bilamana ciri drive modes memberi nilai tambah pada kenderaan ini. Sayangnya kehadiran fitur tersebut hanya terdapat pada varian H dan Advance sahaja. Melalui butang drive di stereng, pemandu boleh memilih tiga pilihan gaya memandu NORMAL, ECO dan POWER.

Ciri fungsi menarik yang diperkenalkan bagi model Alza MPV 2022 pertama kali antaranya, varian AV datang bersama sistem brek parkir elektronik (EPB) lengkap Auto Brake Hold beserta brek cakera belakang.

Fitur khas lainya yang turut ditawarkan buat MPV kompak Perodua ini ialah kamera peninjau panoramik 360 darjah bagi memudahkan pemandu meletak kenderaan.    

Satu lagi ciri istimewa menarik untuk diketahui iaitu mengenai sistem penghawa dingin. Model baharu Alza dilengkapi corong pendingin blower untuk penumpang belakang dibarisan dua ataupun ketiga. Ciri baru ini dapat dilihat di bahagian tengah agar memudahkan penumpang dibelakang menukar pilihan tahap kelajuaan kipas aircond blower.

Perodua Alza 2022 Blower Belakang

Dimensi ruang kabin

Berbeza jauh dengan Alza sebelumnya dari segi keluasan ruang dalam kabin, MPV mini tujuh tempat duduk ini memiliki luas kapasiti untuk meyimpan bagasi sebanyak 137 liter, akan menjadi lebih luas apabila tempat duduk dibarisan ketiga dilipatkan akan mencapai sehingga 498 liter.

Sistem keselamatan

Bagi melengkapi sistem keselamatan terkini, Advanced Safety Assist (ASA) 3.0 terbina pada semua varian Perodua Alza 2022 ia termasuklah ciri-ciri seperti Pre-collision Braking PCB atau AEB,  Pre-collision Warning, Front Departure Alert (FDA) bersama-sama Pedal Misoperation Control (PMC). Sementara tambahan bagi varian X keatas adalah Lane Departure Warning and Prevention juga terpasang enam beg udara.

Kesimpulan daripada ringkasan artikel ini, kehadiran Perodua Alza MPV 2022 pastinya memberikan rasa keterujaan oleh peminat automotif tempatan juga kepada bakal-bakal pembeli. Selain harganya dikatakan berbaloi serta mampu milik iaitu dibawah 100K, MPV compact ini ditawarkan dengan ciri-ciri istimewa terbaru, berteknologi masa kini. Diharapkan bertepatan dengan kehendak pengguna di Malaysia umumnya.

Buat memudahkan pengunjung pembaca blog ini untuk merujuk spesifikasi dan harga lengkap MPV Perodua, Pihak admin rodahonda.com ada melampirkan brosur dan link pautan dibawah.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel